Sunday, January 22

"Tak semua benda boleh simpan lama..."

Image result for free tumblr photography

Assalamualaikum w.b.t
Orang kata,

"Tak semua benda boleh simpan lama, sayur pun akan busuk kalau simpan terlalu lama, ikan pun sama, buah pun sama, everything yang kita boleh simpan tak semestinya akan kekal lama, dan even boleh simpan lama pun, mostly akan tamat tempoh juga tempoh masa penyimpanan tu."
begitu jugak dengan perasaan. Kadang kala kita kena lepaskan something yang baik buat kita. Kalau simpan lama-lama pun akan sakit hati, lepastu mula lah nak broken ke apa. Entah lah weh, tetiba aku nak buat cerita sedih ni pun aku tak tahu. Mood harini semuanya bercampur baur. Bagi aku, aku tunggu orang lama mana pun, takkan pernah berbuah hasilnya. Lastly aku sendiri yang terluka. Aku susah kalau orang tu sendiri tak reti nak cakap "TAK SUKA", kadang suka sangat bagi harapan dalam orang tu tak sedar, Entahlah weh, tapi aku kira bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang. Keluarga, kawan2 dan orang sekeliling yang mengenali aku.

Aku pun tak tahu nak update apa lagi. Nak cerita panjang lebar, lari dari tajuk. Sebab aku pun sebenarnya malas nak taip pepanjang, Cuma nak pesan to every girls lah. If tunggu orang tapi hasilnya tak berbuah, more better aku syor kan kau move on je weh. Aku cakap ni, cukup tak guna kalau tunggu pokok tak berbuah. Kalau berbuah tu aku ucap tahniah lah. If tak move on je. Jangan lah cakap kau tak boleh move on, ingat satu cara ni kalau nak move on,
"Lupakan dia macam mana kau lupa Allah."
Ingat ayat tu sampai kau mati. Sebab manusia ni senang lupa Allah. Bila dah sedih, dah sakit dah susah, baru sibuk-sibuk menangis-nangis, merayu-rayu nak cari yang Maha Esa, sedangkan bila masa senang, masa dah enjoy, taknak pulak nangis-nangis, merayu-rayu pada Allah. Aku taknak cakap pada orang. Aku pun pesan pada diri juga,

Last but not least,
"Aku mintak maaf atas kata-kata kasar, "Kau Aku". Aku juga mintak maaf kalau ada tersentap dengan aku punya statement, but i just tell the truth laa. If kau nak nafikan pun, perati orang sekeliling, tak pun kau yg kena muhasabah diri 😉"

Saturday, January 14

A kitten


Assalamualaikum w.b.t
Harini nak cerita sedikit tentang apa yang berlaku. 

Jumaat, 13 Januari 2017
Masa tu hujan, tapi tak lebat, cuma hujan renyai-renyai je. Pagi tu abah ada dengar bunyi anak kucing tapi bila cari tak jumpa. Petang tu dalam pukul 2 macam tu, sebelum aku pergi kerja, aku cari lah suara anak kucing tu. Jenis aku, pantang kalau ada suara tapi tak jumpa. Memang aku akan cari sampai lubang cacing pun. Aku dengan ibu csri lah keliling rumah. Makin lama makin kuat, sekali tengok ada dekat bawah pokok cempedak belakang stor rumah jiran aku. Allah, masa tu perasaan aku dah tak boleh control weh. Menangis aku tengok anak kucing baru lahir then terbiar dihurung lalat, tapi nasib baik semut takda. Kalau ada semut tu aku rasa mati dah anak kucing tu. 

Aku bawa kucing tu balik. Tapi aku tahu ibu tak suka kucing sebab kucing berak merata, merosakkan perabot rumah, tapi aku tak peduli, aku bawak gak kucing tu balik. First time lah jaga kitten baru lepas lahir ni. Tali pusat pun tak tanggal lagi weh. seram sejuk aku nak jaga. Sebab ye lah kan, sensitivity tu kena ada. takut salah kang, mati pulak. So then aku letak dalam pasu ibu, since ibu tak suka kucing ada dalam rumah dia. Tapi takpelah, aku letak luar saja dan pukul 2.30 aku berangkat ke tempat kerja.

Aku kerja dengan perasaan cukup tak senang hati fikir pasal si kecik tu. Memang aku takut, risau si kecik tu jadi apa-apa. Tapi aku cuba kerja dengan hati yang tenang. Aku ada post pasal kitten ni kat twitter mintak pendapat lah sapa-sapa boleh tolong tapi aku lupa, aku bukannya hot sangat, orang nak reply tweet sampai tak cukup tangan aku nak reply 😂😂 okay yang tweet tu aku padam balik. Lepastu aku post kat wechat pulak. Lepas post, ha mula lah ada yang komen ngarut-ngarut. Suruh makan lah, suruh sembelih lah. Ish kita mintak tolong, tapi dia main-main pula. 

Lastly, Naz komen, Naz ni kawan sekolej dengan aku, dia kata,
"Jaga dia macam mana kau jaga baby, mandikan, bagi susu."
Okay lepas dia kata macam tu, aku pun berazam lah balik kerja nak buat semua tu, Yes aku buat weh. Aku keluar kerja around 11.30, aku punya cari kedai merata tak jumpa weh. kedai apa je bukak memalam buta ni. Then boleh pulak terlepas se7en E tu, tak boleh nak cerita apa lah kan. Tapi lepastu aku ada jumpa satu kedai runcit yang orang kata agak kecil juga kedainya, still bukak lagi, aku pun pi lah beli susu dutch lady yang low fat punya. Aku beli sepaket tau, dalam tu ada 6 kotak. Aku ingatkan boleh lah buat sampai sebulan dua bulan.

Sampai je rumah, aku tak pikir apa dah, aku terus bukak air susu tu, aku terus bagi si kecil tu minum susu, Kau nak tahu tak betapa laparnya dia masa tu. Nak nangis aku tapi aku tahan je. Okay then aku mandikan dia sebab dah comot gila, full dengan taik-taik dia. But okay aku dah bagi minum susu yang banyak, dah mandikan okay dia pun dah lena, so masuk lah tidur.

Sabtu, 14 Januari 2017.
Pagi ni aku bangun, kira aku nak bagi susu lagi. Aku tengok dalam pasu dah takda anak kucing tu. Punyalah aku risau, aku cari keliling rumah, aku cari keliling rumah atok aku, rumah jiran aku, Aku tak tahu berapa kali aku tawaf. Aku dah nak nangis masa tu. Lepastu aku fikir positif, mungkin ibunya dah ambil. Tapi at the same time, aku risau juga, takut kena baham anjing ke, atau ada yang ngusik ke. Tapi walaubagaimanapun, aku tetap kena positif kan otak jugak. Maybe ibu dia nak ambil anak dia yang tercicir. So about susu yang aku beli tu, takpelah aku simpan buat bagi minum si Uteh tu.
*****

Rasa sedih, sebab tak pernah bela kucing. Tapi bagi aku bagi kucing jalanan makan sudah cukup buat aku happy. Kotor macam mana pun seekor kucing jalanan tu, jangan fikir dia tidak punyai hati dan perasaan. Walaupun dia seekor binatang. Bagi aku tak salah pun kau kongsi rezeki pada kucing-kucing jalanan tu, mana tahu rezeki kau lepastu melimpah ruah? Depan aku jangan sekali kau kurang ajar dengan kucing jalanan. Aku cukup pantang orang kurang ajar dengan kucing.

Last but not least,
"Aku mintak maaf atas kata-kata kau aku. Aku jugak mintak maaf kalau ada yang tersinggung. Aku juga mintak maaf kalau ada typo 😁 Aku juga seorang manusia berdosa tapi jangan lah kau tambah dosa sebab nak seksa binatang."

Friday, January 13

Everything's new

Related image

Assalamualaikum w.b.t
First of all aku rasa terkejut sebab dah lama tak berblogging, dah lama tak bukak blog, semua kena belajar baru weh, dari dashboard, sampai lah ke isi dalam. cbox pun dah baru. Code dia pun aku kurang faham sikit, tapi bantai lah. Aku cuba pahamkan sikit-sikit. Sorry, new year ni aku takda update blog. Everything post dalam ni semua aku dah delete. Ada rasa malu sikit baca post lama-lama. Hiks  🙊. Oh yaaa, aku suka dia punya bahagian posting ni. Boleh letak emoji lol. That's so cute. 

okay berbalik pada tajuk. Aku pun dah masuk alam 20's walaupun belum ofiicialy 20's but its okay, aku akan cuba be like 20's person. Matured lah maybe. Cuma nak khabor sikit lah ni. Belajar pun dah habis, tinggal practical. And aku tak sabar nak belajar habis sepenuhnya. Nak kerja, nak kejar kerjaya. So far cita-cita tu dah 80% nak tercapai so, another 20% I need usaha lebih lagi. 

but people's said,
"Awal lagi dah practical. Umur baru nak cecah 20 dah practical. Lek lah belajar lagi"
Tu apa yang people always said lah. Oh then kau kesah apa? Ye lah, bukan nak marah ke apa. Tapi dah aku masuk kolej awal, then everything its not what i'm expected kot. kitaorang punya study dipendekkan masa untill 2years and half. Then practical only 4 month and half. So nak tanya, kau ke management kolej aku yang kau boleh judge gitu?  Okay-okay taknak marah. But kalau semua benda tak kena pada kau, means kau yang bermasalah. not me, okay?

Okay okay last but not least ni nak kasi tahu,
"Mohon abaikan english broken aku, dan aku mintak maaf atas pengunaan bahasa kau aku."